TAZKIRAH

TAZKIRAH

1. MULAKAN AMAL DENGAN NIAT


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:



Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.





Berikut merupakan hadith Rasulullah S.A.W. yang patut kita amalkan. Setiap perkara ataupun pekerjaan yang hendak kita lakukan mestilah dimulakan dengan niat agar pekerjaan kita mendapat rahmat di sisi Allah S.W.T. Kita tidak mahu melakukan sesuatu perkara itu dengan sia-sia tanpa tujuan yang munasabah. Contohnya, jikalau kita seorang pembaiki kereta, kita perlulah berniat untuk membaiki kereta pelanggan tersebut dengan niat untuk menolongnya bukan hendak mengambil kesempatan terhadapnya. 

2. PENTINGNYA ILMU DALAM KEHIDUPAN

Ilmu,...ilmu...setiap kali kita pasti mendengarnya,.sabda Rasulullah S.A.W.,


« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »
“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Ilmu itu berada di mana-mana sahaja dan bagi seseorang manusia, ilmu itu merupakan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-Nya,,sewajarnya kita bersyukur kepada-Nya,,Alhamdulillah..

Kebanyakan ilmu yang kita pelajari di dunia ini hanya untuk dunia sahaja? Ataupun untuk akhirat juga? Sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, kita perlu menanam rasa ikhlas di dalam hati kita dalam melakukan setiap perkara termasuklah menuntut ilmu.Mulakan hari kita dengan niat yang ikhlas dan betul, berjalan kaki keluar dari rumah dengan niat yang betul, berjumpa dengan rakan sekerja dengan niat yang ikhlas, mudah-mudahan segala kerja yang kita lakukan akan dirahmati Allah.




3. KISAH NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL



KISAH Nabi Ibrahim yang sanggup ‘mengorbankan’ anaknya, Nabi Ismail demi melaksanakan perintah Allah menjadi ingatan dan iktibar setiap kali musim haji dan sambutan Aidiladha. Kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Ismail untuk melaksanakan perintah Allah itu adalah simbolik kepada ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam. Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya
Nabi Ismail, baginda membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan
100 unta di jalan Allah.

Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka manusia dan malaikat kagum dan kehairanan. Nabi Ibrahim bersabda: “Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku.
Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki sudah tentu dia juga akan kusembelih di
jalan Allah dan aku korbankan dia untuk Allah.”
Ketika Nabi Ibrahim tiba di Iradhil Muqaddasah (bumi yang disucikan), baginda
memohon kepada Allah supaya dikurniakan anak dan Allah mengabulkan
permohonannya. Akhirnya, baginda dikurniakan seorang anak lelaki.
Tatkala, anaknya iaitu Nabi Ismail pandai berjalan dan berusia tujuh tahun (sesetengah
sirah menerangkan 13 tahun), Nabi Ibrahim mendapat mimpi iaitu baginda mendengar
suara yang berkata: “Hai Ibrahim, tunaikan nazar kamu!”
Keesokan paginya, Nabi Ibrahim berfikir: “Apakah mimpi itu datangnya daripada Allah atau syaitan?” Selanjutnya, pada malam kedua, Nabi Ibrahim bermimpi lagi, sama seperti mimpinya
terdahulu. Maka, keesokan harinya, baginda tahu bahawa mimpinya itu adalah daripada
Allah.
Pada malam ketiganya, beliau bermimpi lagi seperti sebelumnya hingga Nabi Ibrahim
pasti bahawa mimpi itu datang daripada Allah yang bermaksud baginda perlu
menunaikan nazar dengan menyembelih anaknya sebagaimana yang dijanjikan.
Ketika Nabi Ibrahim hendak pergi melaksanakan penyembelihan, beliau berkata kepada
ibu Nabi Ismail iaitu Siti Hajar yang berbunyi: “Hai Hajar, pakaikan anakmu Ismail
dengan pakaian yang paling baik dan bagus kerana aku akan pergi dengannya.”
Maka, Siti Hajar memakaikan pakaian, memberi haruman dan membersihkan tubuh anaknya sebelum menyerahkannya kepada suaminya. Kemudian, Nabi Ibrahim pergi bersama anaknya dengan membawa tali dan pisau yang
tajam berhampiran Mina.

Ketika itu, musuh Allah iaitu iblis terkutuk sudah sedia menanti untuk menggoda dan dia tidak pernah sesibuk seperti hari itu. Dalam perjalanan Nabi Ibrahim ke Mina, Nabi Ismail kelihatan ceria dan sering berlari meloncat ke hadapan ayahnya. Maka, iblis berkata kepada Nabi Ibrahim: “Wahai Ibrahim, apakah engkau tidak memperlihatkan betapa tampan parasnya, bagus badannya dan kesantunan peri lakunya?”
Kata Nabi Ibrahim: “Ya, tetapi aku diperintah Tuhanku untuk itu.”
Ketika iblis terkutuk itu putus asa terhadap Nabi Ibrahim, lalu dia pergi mendapatkan Siti
Hajar dan berkata: “Wahai Hajar, bagaimana boleh engkau duduk-duduk saja, sedangkan Ibrahim sudah pun pergi dengan anakmu dan akan menyembelihnya?” Kata Siti Hajar: “Jangan engkau berdusta, aku tidak pernah tahu seorang ayah sanggup menyembelih anaknya sendiri.” “Itulah sebabnya dia keluar dengan anakmu membawa tali dan pisau. Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu,” katanya iblis. Siti Hajar menjawab: “Nabi itu tidak pernah diperintah untuk sesuatu yang batil dan saya
sendiri bersedia untuk menebus perintah itu dengan jiwa sendiri, betapa pula jika hanya
dengan jiwa anakku?”
Ketika iblis terkutuk berputus asa terhadap Siti Hajar, maka dia pergi kepada Nabi Ismail
seraya berkata: “Sungguh engkau bersenang-senang, sedangkan ayah kamu membawa
tali dan pisau untuk menyembelih kamu.”
Nabi Ismail berkata: “Jangan engkau berdusta, mengapa ayah aku akan menyembelihku?”
Iblis menjawab: “Dia mengira bahawa Tuhannya menyuruhnya untuk itu.”
Nabi Ismail berkata: “Aku memperhatikan dan mentaati perintah Tuhanku.”
Ketika iblis terkutuk itu cuba untuk melontarkan godaan yang lain, maka terlebih dulu
Nabi Ismail mengambil seketul batu dan melemparkannya kepada iblis sehingga mata kirinya pecah dan buta. Lalu dia pergi dengan sia-sia lagi rugi. Ketika Nabi Ibrahim tiba di Mina, baginda berkata kepada puteranya: “Hai anakku,
sungguh aku melihat dalam tidurku (dalam mimpi aku) bahawa aku menyembelih
engkau, cuba engkau pula perhatikan bagaimana pendapat kamu?”

Nabi Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah
ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang
diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.”
Tatkala Nabi Ibrahim mendengar kata-kata puteranya, baginda tahu bahawa doanya
kepada Allah sudah dikabulkan iaitu: “Rabbi Hablii Minash Shalihiin (Ya Tuhanku,
berikanlah kepada anak yang soleh).”
Kemudian Nabi Ismail berkata kepada ayahnya: “Wahai ayah, aku sampaikan beberapa
pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak
yang mungkin menyakitkan ayah;
“Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan kasih sayang ayah kepadaku; “Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun
sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia
menjadi susah.
“Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher aku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali. “Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta
sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap
perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih
aku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
“Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu
sedih mengenangkan aku. Dan ayah mengetahui anak seperti aku hendaklah ayah tidak
melihatnya hingga nanti ayah menjadi susah dan duka.”
Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.” Kemudian ketika kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah, Nabi Ibrahim membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih. Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya
supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga dapat
menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah.
NABI Ibrahim sedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail seperti yang diperintah oleh Allah. Kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah. Nabi Ibrahim kemudian membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih. Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya.
Perkara ini supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga
dapat menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah
more... Perintah itu dilaksanakan pada sisi batu besar di Mina. Ada yang menerangkan di suatu tempat yang dekat dengan Mina. Nabi Ibrahim meletakkan pisau pada leher puteranya, maka baginda memotongnya dengan sangat kuat sekali, namun ia masih tidak mampu memutuskan leher anaknya. Sesungguhnya, Allah membuka tutup mata malaikat di langit dan laut. Ketika malaikat
melihat bahawa Nabi Ibrahim menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, mereka
tersungkur sujud kepada Allah.
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku,
bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap
keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan sesuatu ketika Aku berfirman:
‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah.’ Engkau berkata:
‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan
menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”
Kemudian Nabi Ismail berkata: “Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku
supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa, ertinya terpaksa dalam
mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu,
bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya
sendiri atau dengan sukarela.”
Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan,
serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat
tenaganya.

Pisau itu membalik dan tidak boleh memotong leher Ismail dengan izin Allah. “Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana masih ada cintamu kepadaku, kerana itu ayah tidak boleh menyembelih aku,” kata Nabi Ismail. Maka, Nabi Ibrahim memukul pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.
“Wahai pisau, engkau mampu membelah batu tetapi kamu tidak mampu memotong leher anakku,” kata Nabi Ibrahim. Pisau itu berkata dengan izin Allah: “Wahai Ibrahim, engkau mengatakan ‘potonglah’
sedang Tuhan seru sekalian alam berfirman: ‘Jangan engkau potong’. Maka bagaimana
aku mentaati engkau, sedang aku harus menderhakai Tuhan engkau?”
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami menyeru: Hai Ibrahim, sungguh
engkau membenarkan mimpi. Ertinya, apa-apa yang engkau perlihatkan daripada
beberapa pemandangan, hingga tampak bagi hamba-Ku, bahawa engkau sungguh-
sungguh memiliki keredaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anakmu.
“Dan adalah engkau dengan demikian itu, termasuk golongan orang yang taat kepada
perintah-Ku. Sungguh, ini adalah ujian yang nyata, iaitu penyembelihan itu adalah ujian
yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas, dari yang tidak ikhlas atau juga ujian
yang nyata sulit sekali, kerana tidak ada yang sesulit itu.
“Maka, Kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar
dari syurga, iaitu kambing kibas yang dulu dikorbankan oleh Habil yang diterima
daripadanya. Dan korban kambing itu tetap berada di syurga, hingga Nabi Ismail ditebus
atau digantikan dengan kambing itu.

“Kerana itu, kami perintahkan kepada Jibril yang datang dengan membawa kambing
kibas, ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisaunya yang terakhir kali pada leher puteranya
itu.”
Malaikat Jibril berseru untuk mengagungkan Allah dan kagum terhadap perbuatan Ibrahim seraya berucap: “Allahu, Akbar, Allahhu Akbar.” Maka, Nabi Ibrahim membalasnya dengan ucapan: “Laa Ilaha Illallaahu Allahu Akbar.”
Dan Nabi Ismail pun menyambutnya: “Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu.”
Maka, Allah menganggap baik kalimat ini, lalu mewajibkan kita sekalian
mengucapkannya kerana mengikuti jejak Nabi Ibrahim.

Subhanallah..

web Rujukan: http://www.scribd.com/doc/7898509/KISAH-Nabi-Ibrahim-Yang-Sanggup
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talibdan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti diMadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musadan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dariAllah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w.sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Pelbagai peristiwa dilihat[sunting | sunting sumber]

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempatAllah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaanNabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy[sunting | sunting sumber]

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijir Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Israk_dan_Mikraj
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment